Sep 17, 2014

Truly Malaysia: Sarawak Harmony

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,
apa khabar,

jam sudah menunjukkan 1.39 pagi (waktu Malaysia)
aku menggagahkan diri untuk meng-update blog sejak sekian lama,

ok lah,
nak cerita pasal satu program anjuran Yayasan 1Malaysia bersama AZAM Sarawak,

program ni memperkenalkan kebudayaan, pembangunan dan pelbagai program daripada bumi Kenyalang,

sejujurnya, pengetahuan aku yang serba kekurangan pasal Sarawak,
terus bertambah selepas mengikuti program 3 hari 2 malam (sebab aku jadi seketriat, hewhew)

pada malam pertama, kami membuat rehearsel sempena upacara pembukaan pada hari esok


bersama barisan seketriat MPP SMK Tinggi Kajang 
dan pelajar Asrama 1Malaysia

with them :D

banner sempena program yang akan diadakan kelak

SENYUM!


acah-acah melukis xD

Program ini berlangsung pada jam 9 pagi di Pheonix Ballroom, di tingkat 5 di hotel penginapan kami iaitu Pearl International Hotel, Kuala Lumpur,

Program bermula dengan menyambut ketibaan dif-dif kehormat dan iringan lagu Negaraku,
seterusnya disambung dengan ikrar Rukun Negara

ucapan ikrar oleh wakil dari SMK Tinggi Kajang 
(aku le tu)

selepas tu, ucapan daripada Menteri di Jabatan PM, Perpaduan Nasional dan Intergrasi, Tan Sri Panglima Joseph Kurup untuk ucapan perasmian program Truly Malaysia

ucapan alu-aluan telah diberi oleh Dr Chandra Muzaffar merangkap Pengerusi Yayasan 1Malaysia




Aug 23, 2014

#PrayForMH17

Bismillahirrahmaanirrahim,
Dengan namamu Ya Allah,
Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Segala Puji bagi-Mu Ya Allah,
Pemelihara seluruh alam raya ...

Sekitar pukul 9.30-10.30 pagi, seluruh negara diselubungi duka tatkala menerima jasad 20 penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban akibat nahas kapal terbang yang ditimpa mereka di sempadan Ukraine-Rusia. Suasana hiba dan pilu dapat dirasai bukan sahaja ahli keluarga atau kenalan yang terdekat, tetapi seluruh rakyat Malaysia dapat merasainya,

Aku diberitahu oleh guruku supaya berdiri dan menghadiahkan surah Al-fatihah tepat jam 11 pagi di tempat ku belajar,

Dapat aku merasakan sesuatu, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat sukar ini,

Hati perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan berat ini,

Mereka sangat bertuah, diberikan penghormatan oleh seluruh rakyat Malaysia, didoakan setiap hari,

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,

Ingatlah bahawa, kematian itu tidak akan lambat sesaat, mahupun cepat sesaat,

Saat Malaikat Izrail datang memanggilmu, tiada apa yang kita mampu lakukan,


Muhasabah diri kita,
Insha Allah, Allah akan membantu kita ... 







AL-FATIHAH ...

Aug 5, 2014

Hari Raya



Assalamualaikum wbt,
alhamdulillah, syukur pada Allah swt

diberikan nikmat Iman dan Islam pada diri ini dan juga diri pembaca,

entri kali ini menceritakan tentang ...

HARI RAYA!

setelah sebulan melawan nafsu
bulan Syawal diberikan kepada kita sebagai tanda kejayaan kita mengharungi cabaran pada bulan Ramadan

aku bersama keluarga telah pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lepas,

(nasib baik tak jammed)


with ma sibling :D

HARI 1:

selalunya selepas solat sunat hari raya, kami sekampung akan menziarahi rumah ke rumah, dipanggil BARAAN, merupakan salah satu tradisi kampung di Perak. Dari surau akan pergi ke rumah ke rumah :)


bersama warga kampung Tanjung Ara Parit.

HARI 2

Kami sekeluarga pula pulang ke kampung belah ayah iaitu di Gopeng Perak. Setelah sekian lama, kami dapat bersama-sama berkumpul di sini. Suasana yang amat meriah di sini, walaupun ada saudara yang tidak pulang ke sini atas urusan tertentu :)

sudah tentu ia menjadi kenangan yang manis ^_^


bersama sanak saudara yang lain :)


2013-Parit (atas) dan 2014-Gopeng (bawah)

muka aku paling banyak berubah ...


HARI-HARI yang lain ...

Macam biasa, aku akan melawat sekitar pekan Parit. walaupun pekannya kecil, tetapi terdapatg banyak sisi sejarah yang terdapat di sini. Antara contohnya menara jam kemerdekaan 1957 yang terletak di tengah2 pekan.

bergambar semasa ketiadaan kereta di jalan raya, pada masa itu, 
polis trafik sedang mengawal lalu lintas

Antara keunikan di sini adalah deretan kedai yang telah berdiri sejak tahun 1924 dan yang terbaharu, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan kampung sebelah sungai (tak ingat nama)


Bergambar bersama ayah dan adik di jambatan yang merentasi Sungai Perak












Bergambar di hadapan Masjid Rhadiatul Mardiyah, Parit yang merupakan masjid utama di pekan Parit.











Makan Bersama keluarga di Batu Gajah :)













BBQ TIME!


banyak pengalaman yang diperoleh di sini,

setakat ini sahaja penulisan kali ini,

jumpa lagi,

WASSALAM
:)


Jul 21, 2014

Sekian lama ...

assalamualaikum

maafkan diri ini kerna sudah lama tidak meng-update blog ini
kekangan masa
timbunan kerja yang perlu mengejar dateline

Allahu Rabbi,
maafkan diri ini,

Raya pun dah nak dekat bukan,

ingatlah bahawa 10 malam terakhir ini, 
antara yang dituntut oleh nabi,
mencari Laila ...

ehh Laila mana pulak ni,

Lailatul Qadar,
mmoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya,
Insha Allah,



terasa diri ini pun belum mampu untuk berjumpa dengan malam yang terbaik daripada 100 bulan,



tidak lupa juga, doakan untuk saudara2 kita di Palestin, Syria yang telah sengsara,
moga Allah memberikan 1001 rahmat kepada mereka,
ingatlah bahawa setiap orang Islam itu merupakan saudara kita,

setakat itu sahaja,

Wallahualam





Feb 3, 2014

2014 ,

assalamualaikum,
dah lama tak update blog

maaf seribu kali ampun,
bukan apa,
disebabkan kekangan masa yang ada,
jadi agak susah untuk meluangkan masa untuk menulis dalam blog,

buat masa ini,
dengan kehadiran dua gajet (atas pemberian mak dan ayah saya)
memudahkan lagi kerja saya untuk berhubung mahupun bergerak dalam dunia laman maya,

sekarang ni musim Semester 2,
banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bulan 3,
dengan kehadiran PBS,
melatih diri supaya dapat menyiapkan kerja "ala-ala assignment"


jadual Bulan Februari


kerja pembentangan KMK

setakat ini,
alhamdulillah,
kerja-kerja masih berjalan dengna lancar,
tidak lah mengundang apa-apa mudarat setakat ini,
cuma pesan ayah,
jangan jatuh sakit, susah untuk melakukan kerja,

malam selasa dan jumaat akan ada permainan futsal bersama warga futsal,
saya ambil peluang ini untuk memantapkan skil bermain futsal bersama mereka,
selain daripada itu,
ada juga tips-tips yang diberikan oleh mereka,
pass, tackle, shoot to the goal,
semua dapat dipelajari, hehe

cuma dalam bulan 2 ni,
kena berusaha lebih sebab banyak program, nota-nota, tugasan yang perlu dibuat,
so, maaf andai tak mampu melayan anda di mana-mana,

insha Allah I will try my best!

antara pic yang lain,
















Wassalam :)


Oct 3, 2013

Ceritera Minggu Ini

assalamualaikum semua, 

long time see ya,
hahaha,
da hmpir 4 bulan tak update blog,
maklum la, dulu da cm xde nak update sume ni
skang ni dgn ad kmudahan intenet ni,
gunakan dengan sebaiknya,
sebelum tu,
aku nak share kate2 hikmah yang sesuai untuk entri kali ini

"Man Jadda Wajada"
"Siapa yang BERUSAHA, dia yang akan DAPAT"

maksudnya, korang kene la berusaha,
jangan hanya bersikap hangat2 tahi ayam je,
awal2 je semangat,
lama2 makin lemau lak,
usaha dan usaha,
dunia sekarang semakin maju,
orang yang mmpunyai ilmu dan bijak memanfaatkannya akan berjaya,
so, DO UR BEST AS U CAN :D

so, minggu ni aku nak cite la,
haha, setelah hmpir 6 hari berkelana di rumah
(tak pergi sekolah)
atas sebab demam,
aku x dapat la nak revise sesuatu,
mybe ad yg pnting time ak x dtg,

so minggu ni pun ada test sbnrnye,
isnin MUET,
selasa BM dan Pengajian Am,
rabu rase heaven skit,
ada subjek feveret ak, 
Sejarah,
dan test Sastera

so, alhmdulillah stkat ni xde mslh dlm mnjwb,
tp yela, ak rse cm dup dap dup dap nk tau resultnye nti,
nak xnk sebulan ni aku kene hardworking btul2
utk prekse SEM 1 nti,
aku nak buktikan aku bole berjaya dalam f6 >w<

so, mybe stakat ni penulisan aku,
pape hal,
tggu next entri, 
assalamualaikum

-AEIDRAQI-



Jun 6, 2013

Perkhemahan Belia BSMM Peringkat Kebangsaan

assalamualaikum sume,
hoho, alhamdulillah kita masih lagi dihidupkan untuk beramal ibadat kepada Allah swt ^_^
sori sume pembaca blog,
maklum la da nk dekat 5 BULAN x update blog ni,
gila lah, berhabuk dah,
bersawang pun ada, (ada ke? :3)

haha, ok la suma, nak cite pasal kem yg ak pegi ni, kat Precint 4 putrajaya, hoho, 
kem ni sempena FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA la, haha
bukan senang kot dapat peluang keemasan ni,
kat skola ak, konfem pengakap yg dapat
haha, da nk wt cmne la kan, da rezeki diorang, ak x bole nk menghalang mereka
tapi pada tahun 2013 ni
alhamdulillah dan alhamdulillah la,
dapat gak gi kem kebangsaan sejak sekian lame,
fuhh2,
mmg ak ni bersyukur sangat
mmg ak tringin sgt nk dpt title kem kebangsaan dalam hidup ak ni
haha,
lupe lak ak nk bgtau korang, taun ni ak masuk f6,
why?
nanti la ak cite kat korang
skang ni kite FOKUSSS pada kem ni
haha, ramai membe suro ak update blog ni,
sori korang sebab da lme x update blog ni,
ok2, tnpe buang mase, moh kite stat cite :D


ok la, hari pertama ni, sbnrnye ak ada majlis penutup orentasi lower f6, so ptg bru kitorang gerak, lpas selesaiprogram tu, ak lepak la jap ngn membe2 ak, lepak KFC jap, x bli pape pun, ambik akhbar dan lepak dlm tu je, haha, pelik sungguh -_-, so da lme sgt, kitorang balik la ke skola (seberang jalan je pun), kebetulan lak time tu ada pulak latihan kawad tentera kat dpn dewan, so, pe lagi, diorang siap bwk senapang real lagi, pehh, nk pegang, tp, haha, segan ak, da la bdk baru :3 


senapang lakk.. >.<

then kami berkumpul depan dewan, cikgu murugan cek nme stiap sorang peserta, takut2 ada pulak yg sesat pulak dlm perjalanan nti, haha, so da okay sume, kitorang sumbat sume beg kat tmpt letak beg yg ad kat bwh bas tu, rsenye korang tau kot, hoho, dan, kami pun bertolak dr skola pd pukul 1 lebih.

da smpai kat tmpat kem tu, mmg perhh la ak cakap, rmai gile peserta yg dtg dr 1Malaysia ni, huhu, cmne la diorang handle seramai ni kan, haha, kitorang dapat la brgn yg diperlukan spt, buku manual perubatan, kad peserta, kad tugasan dan dapat beg BSMM yg spesel for this kem, hoho. kami smpai tu agak lewat skit, so rsenye kan, mmg sakit la nk habiskan aktiviti sume dalam satu hari tu, duyai..haha, last2 kami kene berkumpul dpn meja urusetia dan dipecahkan mengikut kumpulan, mmg gitula gamaknye.. :3


Kad peserta :D

pastu kami buat la kativiti ikut grup masing2, ak dapat wat aktiviti CPR, haha, kebetulan dak Jalan 4 skali grup ngn ak, kenalla ak dgn diorang, berjiran nme jalan :3 skurang2nye ak dapat wt revision tntg kaedah2 CPR ni sbnrnye, hoho, pada maghrib tu lak ak solat kat Masjid mizan, perhh la ak ckp, mmg besar la, x perlupun penghawa dingin, air fresh dr luar da cukup hoho, lg2 time subuh, mmg sejuk la :D

time ni ada forum kat masjid tu :D

ni forum kat pentas utama kat festival 


Kumpulah Hijjaz :)


alhamdulillah, dapat jugak dpt bergambar ngn Munif Hijjaz :)


ok la, ak cite pasal aktiviti bsmm lak, korang bole la tgk2 gmba die, haha :D

 taklimat tentang memasang khemah

 memasang khemah

 memasak pasak :D


 jurulatih tunjuk cara nak mengikat pada pasak

memasak semasa bencana
 di tepi tasik yang indahh ~

 jambatan, mmg lawa :)
 himpunan unit beruniform, ramai lakk..

 haha, anda nampak apa yg saya nmpak ??

bersama bdk SEMESRA (SAINS REMBAU)

yg ni MRSM PC (pengkalan chepa)

haha, diorang mmg rapat :D

jabatan kehakiman pytrajaya :D

ahli menunjukkan kaedah CPR kepada org ramai

suasana di Masjid Mizan :D

simulasi kemalangan

pertolongan cemas diberikan..

sian die..

senyum pun bolehh.. ^_^

wartawan menyibuk jap di sini..

Rescue Medical :D

peranan ahli2 BSMM :)

pada malamnya pula..ada majlis perasmian Festival Belia Putrajaya, dirasmikan oleh YAB PM, Dato' Seri Najib, dan ucapan alu-aluan oleh Menteri Belia dan Sukan, En. Khairy Jamaludin

upacara perasmian

pas dah abis upacara tu, kitorang disajikan dengan konsert Clash of The Legends, 
joey BPR, Yantzen, mus may, hattan, man kidal, m.nasir, ramli sarip, amy search, dan paling popular, AWIEE :D

barisan rockers yg membuat persembahan :)

haha, pastu aku balik lewat, ak balik dlm kul 1 lebih.. :3
keesokan harinya pula...

kitorang ada simulasi bencana, lame punye pasal, kitorang lepak la kat tepi tasik.. :)
melukiss..dan dapat ramai kenalan baru.. :)

2 belah kiri tu upper f6 smk DTHO, sebelah kanan tu, budak s'wak ^_^

dan program kitorang abis dalam kul 4 ptg..
alhamdulillah kem 4hari 3malam ni mmg best bg yg da lme gi kem..
bdk baru xtau la..

barisan kontijen BSMM negeri Selangor !

haha, budak skolah aku,

alhamdulillah, dapat gak siapkan entri ni, syukur pada-Mu Ya Allah..
SYUKUR sgt2..
insyallah jika dizinkan,
ak akan wat entri baru lagi, terima kasih ^_^

-AEIDRAQI-