Bismillahirrahmaanirrahim,
Dengan namamu Ya Allah,
Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Segala Puji bagi-Mu Ya Allah,
Pemelihara seluruh alam raya ...
Sekitar pukul 9.30-10.30 pagi, seluruh negara diselubungi
duka tatkala menerima jasad 20 penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban
akibat nahas kapal terbang yang ditimpa mereka di sempadan Ukraine-Rusia.
Suasana hiba dan pilu dapat dirasai bukan sahaja ahli keluarga atau kenalan
yang terdekat, tetapi seluruh rakyat Malaysia dapat merasainya,
Aku diberitahu oleh guruku supaya berdiri dan menghadiahkan
surah Al-fatihah tepat jam 11 pagi di tempat ku belajar,
Dapat aku merasakan sesuatu, apakah kita sudah bersedia
untuk menghadapi saat sukar ini,
Hati perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan berat ini,
Mereka sangat bertuah, diberikan penghormatan oleh seluruh
rakyat Malaysia, didoakan setiap hari,
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang
beriman,
Ingatlah bahawa, kematian itu tidak akan lambat sesaat,
mahupun cepat sesaat,
Saat Malaikat Izrail datang memanggilmu, tiada apa yang kita
mampu lakukan,
Muhasabah diri kita,
Insha Allah, Allah akan membantu kita ...
AL-FATIHAH ...
No comments:
Post a Comment