Sep 17, 2014

Truly Malaysia: Sarawak Harmony

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,
apa khabar,

jam sudah menunjukkan 1.39 pagi (waktu Malaysia)
aku menggagahkan diri untuk meng-update blog sejak sekian lama,

ok lah,
nak cerita pasal satu program anjuran Yayasan 1Malaysia bersama AZAM Sarawak,

program ni memperkenalkan kebudayaan, pembangunan dan pelbagai program daripada bumi Kenyalang,

sejujurnya, pengetahuan aku yang serba kekurangan pasal Sarawak,
terus bertambah selepas mengikuti program 3 hari 2 malam (sebab aku jadi seketriat, hewhew)

pada malam pertama, kami membuat rehearsel sempena upacara pembukaan pada hari esok


bersama barisan seketriat MPP SMK Tinggi Kajang 
dan pelajar Asrama 1Malaysia

with them :D

banner sempena program yang akan diadakan kelak

SENYUM!


acah-acah melukis xD

Program ini berlangsung pada jam 9 pagi di Pheonix Ballroom, di tingkat 5 di hotel penginapan kami iaitu Pearl International Hotel, Kuala Lumpur,

Program bermula dengan menyambut ketibaan dif-dif kehormat dan iringan lagu Negaraku,
seterusnya disambung dengan ikrar Rukun Negara

ucapan ikrar oleh wakil dari SMK Tinggi Kajang 
(aku le tu)

selepas tu, ucapan daripada Menteri di Jabatan PM, Perpaduan Nasional dan Intergrasi, Tan Sri Panglima Joseph Kurup untuk ucapan perasmian program Truly Malaysia

ucapan alu-aluan telah diberi oleh Dr Chandra Muzaffar merangkap Pengerusi Yayasan 1Malaysia




Aug 23, 2014

#PrayForMH17

Bismillahirrahmaanirrahim,
Dengan namamu Ya Allah,
Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Segala Puji bagi-Mu Ya Allah,
Pemelihara seluruh alam raya ...

Sekitar pukul 9.30-10.30 pagi, seluruh negara diselubungi duka tatkala menerima jasad 20 penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban akibat nahas kapal terbang yang ditimpa mereka di sempadan Ukraine-Rusia. Suasana hiba dan pilu dapat dirasai bukan sahaja ahli keluarga atau kenalan yang terdekat, tetapi seluruh rakyat Malaysia dapat merasainya,

Aku diberitahu oleh guruku supaya berdiri dan menghadiahkan surah Al-fatihah tepat jam 11 pagi di tempat ku belajar,

Dapat aku merasakan sesuatu, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat sukar ini,

Hati perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan berat ini,

Mereka sangat bertuah, diberikan penghormatan oleh seluruh rakyat Malaysia, didoakan setiap hari,

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,

Ingatlah bahawa, kematian itu tidak akan lambat sesaat, mahupun cepat sesaat,

Saat Malaikat Izrail datang memanggilmu, tiada apa yang kita mampu lakukan,


Muhasabah diri kita,
Insha Allah, Allah akan membantu kita ... 







AL-FATIHAH ...