Aug 5, 2014

Hari Raya



Assalamualaikum wbt,
alhamdulillah, syukur pada Allah swt

diberikan nikmat Iman dan Islam pada diri ini dan juga diri pembaca,

entri kali ini menceritakan tentang ...

HARI RAYA!

setelah sebulan melawan nafsu
bulan Syawal diberikan kepada kita sebagai tanda kejayaan kita mengharungi cabaran pada bulan Ramadan

aku bersama keluarga telah pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lepas,

(nasib baik tak jammed)


with ma sibling :D

HARI 1:

selalunya selepas solat sunat hari raya, kami sekampung akan menziarahi rumah ke rumah, dipanggil BARAAN, merupakan salah satu tradisi kampung di Perak. Dari surau akan pergi ke rumah ke rumah :)


bersama warga kampung Tanjung Ara Parit.

HARI 2

Kami sekeluarga pula pulang ke kampung belah ayah iaitu di Gopeng Perak. Setelah sekian lama, kami dapat bersama-sama berkumpul di sini. Suasana yang amat meriah di sini, walaupun ada saudara yang tidak pulang ke sini atas urusan tertentu :)

sudah tentu ia menjadi kenangan yang manis ^_^


bersama sanak saudara yang lain :)


2013-Parit (atas) dan 2014-Gopeng (bawah)

muka aku paling banyak berubah ...


HARI-HARI yang lain ...

Macam biasa, aku akan melawat sekitar pekan Parit. walaupun pekannya kecil, tetapi terdapatg banyak sisi sejarah yang terdapat di sini. Antara contohnya menara jam kemerdekaan 1957 yang terletak di tengah2 pekan.

bergambar semasa ketiadaan kereta di jalan raya, pada masa itu, 
polis trafik sedang mengawal lalu lintas

Antara keunikan di sini adalah deretan kedai yang telah berdiri sejak tahun 1924 dan yang terbaharu, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan kampung sebelah sungai (tak ingat nama)


Bergambar bersama ayah dan adik di jambatan yang merentasi Sungai Perak












Bergambar di hadapan Masjid Rhadiatul Mardiyah, Parit yang merupakan masjid utama di pekan Parit.











Makan Bersama keluarga di Batu Gajah :)













BBQ TIME!


banyak pengalaman yang diperoleh di sini,

setakat ini sahaja penulisan kali ini,

jumpa lagi,

WASSALAM
:)


No comments:

Post a Comment