Dec 31, 2011

2012,



Tahun 2012

 SPM

☺ B.Melayu☺ B.Inggeris☺ Mathematics☺ Sejarah☺ Pendidikan Islam☺ Lukisan Kejuruteraan
☺ Teknologi Kejuruteraan☺  Fizik☺ Kimia☺ +Math☺ Pendidikan Seni

Muhasabah Diri

assalamualaikum wbt kpd semua pembaca sekalian.



alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih lagi mengurniakan kita hayat untuk kita beribadah dan bertakwa kepada Allah. hari ni hati saya terpanggil untuk mendengar ceramah daripada seorang mualaf yang merupakan seorang pendakwah. nama beliau adalah Shah Kirin. beliau telah memberikan terlalu banyak input yang tidak saya ketahui sebelum ini. terdapat pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh beliau. antaranya ialah adakah kita ini sering mengamalkan islam? dan banyak persoalan yang mungkin tidak dapat saya taip disini kerana saya sendiri lambat untuk datang mendengar majlis ilmu pada malam ini. walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kisah dan penerangan oleh beliau, antaranya ialah adakah wajib seseorang mualaf menukar nama mereka ke dalam bahasa arab dan menukarkan nama ayah mereka kepada abdullah? terdapat juga bukti-bukti seperti bilal bin rabah. nama sebenar bilal sebelum memeluk agama islam pun bilal. jika kita mencari nama bilal dalam bahasa arab, kita tidak akan mendapat makna. sama seperti salman al-farisi, beliau adalah orang Parsi. nama sebelum islam pun adalah Salman. konteks di sini bermaksud mereka tidaklah perlu menukar nama tersebut selagi membawa makna yang baik. persoalan yang lain seperti adakah salah seorang mualaf bertanya kepada orang islam tentang agama kita? semestinya tidak. kita melihat contoh seperti para sahabat sering bertanya kepada Rasulullah saw tentang Islam. jika pandangan itu adalah daripada Allah, maka mereka akan taat. tetapi jika itu adalah pandang nabi, mereka akan berbincang dan bertanya lagi dan lagi. saudara Shah Kirin juga menceritakan bahawa ada seorang mualaf bertanya kepada seorang imam untuk melihat Allah. dan imam pun berkata dalam hati, " gila ke apa dia ni...". ingatlah bahawa setiap persoalan ada jawapannya. Nabi Musa menyatakan keinginannya untuk melihat Allah swt. adakah Allah tidak mejawab persoalan itu? semestinya tidak. Allah berkata bahawa bukit-bukit pun tidak mampu melihat Allah dan berkecai sama sekali, apatah lagi seorang manusia yang ingin melihat Penciptanya. beliau memberikan satu contoh, adakah kita mampu  melihat matahari secara langsung? semestinya mata kita tidak mampu untuk menahan kilauan cahaya matahari itu. sering kita melihat ramai mualaf masuk islam dengan pelbagai cara seperti perkahwinan, bisnes, harta, kewangan dan lain-lain. kita sebagai orang islam perlu merai mereka dan kita sepatutnya memberikan bimbingan tentang Islam. Insyallah, mereka akan berasa tenang dan berasa hati lebih terbuka menerima Islam. semasa dibuka ruangan untuk bertanyakan soalan, saya bertanya tentang bagaimana hendak memupuk sifat ikhlas dalam diri kita. beliau sendiri pun cuba untuk memupuk sifat ikhlas dan melawan sifat takbur dan rasa bangga diri. jika kita membuat kebaikan, sebutlah alhamdulillah kerana kebaikan, kepandaian, dan bakat-bakat yang ada dalam diri kita adalah daripada Allah. beliau memberi perumpamaan yang amat baik, WE ARE NOTHING. memang betul kata beliau, kita tiada apa-apa melainkan dengan bantuan dan hidayah daripada Allah swt. ingatlah wahai sahabatku sekalian, kita berdakwah kepada orang bukan Islam bukan untuk memasukkan mereka dalam Islam, tetapi kita memberikan fahaman dan kebaikan tentang Islam kepada mereka. soal tentang memeluk islam ini adalah urusan Allah kerana Allah sahaja yang memberikan hidayah kepada seseorang. kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri kita, jika boleh setiap hari kita amalkan. adakah kita ini Islam secara turun temurun atau Islam yang bersandarkan kepada amal dan kebaikan Al-Quran? 


ingatlah sahabatku sekalian.. dunia semakin lama semakin tua, semakin kita dekat ke penghujungnya.. Renung-renungkanlah dan semoga kita semua ditempatkan dalam syurga dengan hendak-Nya, Insyallah....


WALLAHUALAM ...

Dec 30, 2011

pendapat saya mengenai kanak-kanak menjadi artis

 

 

assalamualaikumwarahmatullah wbt.... kawan-kawan sekalian..hari ini saya ingin memberikan pendapat mengenai kanak-kanak menjadi artis. sejak belakangan ini, kita sering dengar terdapat pelbagai program realiti terutamanya nyanyian untuk kanak-kanak. antaranya seperti Idola Kecil, Kamilah Bintang dan lain-lain. ada juga penyanyi kanak-kanak remaja seperti Najwa Latif. pelakon kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam konteks ini kerana mereka juga digelar artis. antaranya adalah Elfira Loy, Erin Malik, Mia Sara Nasuha yang comel tu dan ramai lagi yang tak mungkin dapat saya taip dalam kesibukan yang saya hadapi sekarang. tidak dinafikan mereka sungguh hebat dalam bidang masing-masing. walau bagaimanapun, terdapat pelbagai aral melintang yang terpaksa dihadapi oleh artis kanak-kanak ini. antara yang perlu dihadapi adalah seperti kontroversi, gosip, tuduhan, khabar angin yang selalunya mengganggu mereka terutamanya dalam kehidupan mereka sendiri. adakah anda ingin menjadi artis buat masa sekarang? mungkin ada kebaikannya dan ada juga keburukannya. saya tidaklah menghalang anda menjadi artis. tetapi fikirkanlah bahawa terdapat banyak keburukan daripada kebaikan itu sendiri. di sini saya dapat menyenaraikan beberapa keburukan dan kebaikan itu sendiri.

KEBAIKANNYA :

dapat menjana wang dalam masa remaja

Antara contoh yang dapat kita lihat adalah penyanyi remaja sensasi dunia seperti Justin Bieber yang telah membawa fenomena yang tersendiri. Pendapatannya sahaja dalam bidang nyanyian adalah melebihi ratusan jutaan ringgit.


kehidupan menjadi lebih senang
Jika anda menjadi artis, kemungkinan hidup anda lebih senang kerana mendapat pelbagai kemudahan seperti guru menyanyi, membuat rakaman lagu, dan kemungkinan jika bernasib baik akan dijemput ke mana-mana tempat yang agak "grand" atau syurga bagi artis-artis terutamanya konsert-konsert besar.

dapat bergaul dengan artis-artis terkenal
mungkin ini adalah salah satu hajat mereka apabila mereka menjadi aris. kita pun juga teringin mendekati artis-artis yang terkenal bukan? saya pun tidak menolak. tetapi mendekati mereka untuk menjadi seorang artis bukan pilihan semua orang.

teringin menjadi setaraf dengan pelakon terkenal
yang ini saya rasa agak susah sikit bagi artis-artis baru ni terutamanya kanak-kanak. mereka perlu lebih giat berlatih terutamanya dalam bidang yang mereka ceburi. ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan prestasi mereka sebagai artis cilik yang popular.

menjadi kreatif -
anda mungkin kreatif dan anda gunakan dalam bidang masing-masing :)

mungkin itu kebaikannya..
keburukan juga apalah kurangnya.
antara KEBURUKANNYA :

pelajaran mungkin terjejas

perkara ini mungkin kita tidak nampak di kaca televisyen kerana ini adalah perkara yang amat sensitif untuk dihebohkan pada media massa. adakah anda mahu dihebohkan sekiranya anda gagal dalam peperiksaan hanya kerana menjadi artis? mesti tidak mahu bukan..


peperiksaan besar tidak akan ditunda jika ada program pada waktu peperiksaan tersebut - 

yang ni mungkin tidak berlaku kepada artis-artis cilik ini kerana pihak yang menanggung artis ini tidak akan membuat program pada waktu-waktu penting seperti peperiksaan PMR atau SPM. kes ini hanya dibenarkan oleh kementerian apabila mereka terlibat dalam aktiviti sukan antarabangsa seperti yang dialami oleh Nazmi Faiz Mansur yang berumur 17 merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan berumur 17 tahun pada tahun 2011. dia dibenarkan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2012. kalau nak, jadilah bintang sukan.

masa depan tidak terjamin - 
siapa kata menjadi artis selamanya itu akan menjamin masa hadapan kita. ini hanya pendapat saya sahaja. saya tidaklah menghalang anda menjadi artis kerana setiap orang ada cita-cita sendiri.

kontroversi / gosip / khabar angin / tuduhan tidak berasas - 
ok. yang ni selalu sangatlah kita dengar dalam televisyen dan terpampang dalam dada-dada akhbar. mereka terpaksa menghadapi masalah ini dan acap kali kita mendengar ini adalah asam garam kehidupan seorang artis. semoga mereka sabar menghadapinya.


facebook

yang ni adalah perasaan saya sahaja. kalau anda menjadi artis, anda akan mendapat ramai peminat di laman muka buku. tetapi mereka bukan kawan anda. mereka adalah peminat. saya ada menonton suatu rancangan yang mengatakan bahawa rakan dan peminat adalah makna yang berlainan.

nasihat saya adalah..
saya sesekali TIDAK MENGHALANG ANDA MENJADI ARTIS JIKA ANDA MEMANG MAHUKANNYA. tetapi jadilah artis yang boleh membawa masyarakat ke arah kebaikan dan diredhai oleh Allah. itu yang lebih penting dan disukai :)


akhir sekali..saya meminta maaf jika terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan pembaca. ini adalah PENDAPAT, bukannya KUTUKAN. saya akhiri dengan serangkap pantun  :


pergi ke kedai membeli pelekat,
pelekat dibeli di kedai Pak Mat,
salah sedikit apalah sangat, 
jika diampun menggunung berkat... :)

SEKIAN...TERIMA KASIH :)