Sep 17, 2014

Truly Malaysia: Sarawak Harmony

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,
apa khabar,

jam sudah menunjukkan 1.39 pagi (waktu Malaysia)
aku menggagahkan diri untuk meng-update blog sejak sekian lama,

ok lah,
nak cerita pasal satu program anjuran Yayasan 1Malaysia bersama AZAM Sarawak,

program ni memperkenalkan kebudayaan, pembangunan dan pelbagai program daripada bumi Kenyalang,

sejujurnya, pengetahuan aku yang serba kekurangan pasal Sarawak,
terus bertambah selepas mengikuti program 3 hari 2 malam (sebab aku jadi seketriat, hewhew)

pada malam pertama, kami membuat rehearsel sempena upacara pembukaan pada hari esok


bersama barisan seketriat MPP SMK Tinggi Kajang 
dan pelajar Asrama 1Malaysia

with them :D

banner sempena program yang akan diadakan kelak

SENYUM!


acah-acah melukis xD

Program ini berlangsung pada jam 9 pagi di Pheonix Ballroom, di tingkat 5 di hotel penginapan kami iaitu Pearl International Hotel, Kuala Lumpur,

Program bermula dengan menyambut ketibaan dif-dif kehormat dan iringan lagu Negaraku,
seterusnya disambung dengan ikrar Rukun Negara

ucapan ikrar oleh wakil dari SMK Tinggi Kajang 
(aku le tu)

selepas tu, ucapan daripada Menteri di Jabatan PM, Perpaduan Nasional dan Intergrasi, Tan Sri Panglima Joseph Kurup untuk ucapan perasmian program Truly Malaysia

ucapan alu-aluan telah diberi oleh Dr Chandra Muzaffar merangkap Pengerusi Yayasan 1Malaysia




Aug 23, 2014

#PrayForMH17

Bismillahirrahmaanirrahim,
Dengan namamu Ya Allah,
Yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Segala Puji bagi-Mu Ya Allah,
Pemelihara seluruh alam raya ...

Sekitar pukul 9.30-10.30 pagi, seluruh negara diselubungi duka tatkala menerima jasad 20 penumpang dan anak kapal MH17 yang terkorban akibat nahas kapal terbang yang ditimpa mereka di sempadan Ukraine-Rusia. Suasana hiba dan pilu dapat dirasai bukan sahaja ahli keluarga atau kenalan yang terdekat, tetapi seluruh rakyat Malaysia dapat merasainya,

Aku diberitahu oleh guruku supaya berdiri dan menghadiahkan surah Al-fatihah tepat jam 11 pagi di tempat ku belajar,

Dapat aku merasakan sesuatu, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat sukar ini,

Hati perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan berat ini,

Mereka sangat bertuah, diberikan penghormatan oleh seluruh rakyat Malaysia, didoakan setiap hari,

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,

Ingatlah bahawa, kematian itu tidak akan lambat sesaat, mahupun cepat sesaat,

Saat Malaikat Izrail datang memanggilmu, tiada apa yang kita mampu lakukan,


Muhasabah diri kita,
Insha Allah, Allah akan membantu kita ... 







AL-FATIHAH ...

Aug 5, 2014

Hari Raya



Assalamualaikum wbt,
alhamdulillah, syukur pada Allah swt

diberikan nikmat Iman dan Islam pada diri ini dan juga diri pembaca,

entri kali ini menceritakan tentang ...

HARI RAYA!

setelah sebulan melawan nafsu
bulan Syawal diberikan kepada kita sebagai tanda kejayaan kita mengharungi cabaran pada bulan Ramadan

aku bersama keluarga telah pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lepas,

(nasib baik tak jammed)


with ma sibling :D

HARI 1:

selalunya selepas solat sunat hari raya, kami sekampung akan menziarahi rumah ke rumah, dipanggil BARAAN, merupakan salah satu tradisi kampung di Perak. Dari surau akan pergi ke rumah ke rumah :)


bersama warga kampung Tanjung Ara Parit.

HARI 2

Kami sekeluarga pula pulang ke kampung belah ayah iaitu di Gopeng Perak. Setelah sekian lama, kami dapat bersama-sama berkumpul di sini. Suasana yang amat meriah di sini, walaupun ada saudara yang tidak pulang ke sini atas urusan tertentu :)

sudah tentu ia menjadi kenangan yang manis ^_^


bersama sanak saudara yang lain :)


2013-Parit (atas) dan 2014-Gopeng (bawah)

muka aku paling banyak berubah ...


HARI-HARI yang lain ...

Macam biasa, aku akan melawat sekitar pekan Parit. walaupun pekannya kecil, tetapi terdapatg banyak sisi sejarah yang terdapat di sini. Antara contohnya menara jam kemerdekaan 1957 yang terletak di tengah2 pekan.

bergambar semasa ketiadaan kereta di jalan raya, pada masa itu, 
polis trafik sedang mengawal lalu lintas

Antara keunikan di sini adalah deretan kedai yang telah berdiri sejak tahun 1924 dan yang terbaharu, jambatan yang menghubungkan pekan Parit dengan kampung sebelah sungai (tak ingat nama)


Bergambar bersama ayah dan adik di jambatan yang merentasi Sungai Perak












Bergambar di hadapan Masjid Rhadiatul Mardiyah, Parit yang merupakan masjid utama di pekan Parit.











Makan Bersama keluarga di Batu Gajah :)













BBQ TIME!


banyak pengalaman yang diperoleh di sini,

setakat ini sahaja penulisan kali ini,

jumpa lagi,

WASSALAM
:)


Jul 21, 2014

Sekian lama ...

assalamualaikum

maafkan diri ini kerna sudah lama tidak meng-update blog ini
kekangan masa
timbunan kerja yang perlu mengejar dateline

Allahu Rabbi,
maafkan diri ini,

Raya pun dah nak dekat bukan,

ingatlah bahawa 10 malam terakhir ini, 
antara yang dituntut oleh nabi,
mencari Laila ...

ehh Laila mana pulak ni,

Lailatul Qadar,
mmoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengannya,
Insha Allah,



terasa diri ini pun belum mampu untuk berjumpa dengan malam yang terbaik daripada 100 bulan,



tidak lupa juga, doakan untuk saudara2 kita di Palestin, Syria yang telah sengsara,
moga Allah memberikan 1001 rahmat kepada mereka,
ingatlah bahawa setiap orang Islam itu merupakan saudara kita,

setakat itu sahaja,

Wallahualam





Feb 3, 2014

2014 ,

assalamualaikum,
dah lama tak update blog

maaf seribu kali ampun,
bukan apa,
disebabkan kekangan masa yang ada,
jadi agak susah untuk meluangkan masa untuk menulis dalam blog,

buat masa ini,
dengan kehadiran dua gajet (atas pemberian mak dan ayah saya)
memudahkan lagi kerja saya untuk berhubung mahupun bergerak dalam dunia laman maya,

sekarang ni musim Semester 2,
banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bulan 3,
dengan kehadiran PBS,
melatih diri supaya dapat menyiapkan kerja "ala-ala assignment"


jadual Bulan Februari


kerja pembentangan KMK

setakat ini,
alhamdulillah,
kerja-kerja masih berjalan dengna lancar,
tidak lah mengundang apa-apa mudarat setakat ini,
cuma pesan ayah,
jangan jatuh sakit, susah untuk melakukan kerja,

malam selasa dan jumaat akan ada permainan futsal bersama warga futsal,
saya ambil peluang ini untuk memantapkan skil bermain futsal bersama mereka,
selain daripada itu,
ada juga tips-tips yang diberikan oleh mereka,
pass, tackle, shoot to the goal,
semua dapat dipelajari, hehe

cuma dalam bulan 2 ni,
kena berusaha lebih sebab banyak program, nota-nota, tugasan yang perlu dibuat,
so, maaf andai tak mampu melayan anda di mana-mana,

insha Allah I will try my best!

antara pic yang lain,
















Wassalam :)