Dec 31, 2011

Muhasabah Diri

assalamualaikum wbt kpd semua pembaca sekalian.



alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih lagi mengurniakan kita hayat untuk kita beribadah dan bertakwa kepada Allah. hari ni hati saya terpanggil untuk mendengar ceramah daripada seorang mualaf yang merupakan seorang pendakwah. nama beliau adalah Shah Kirin. beliau telah memberikan terlalu banyak input yang tidak saya ketahui sebelum ini. terdapat pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh beliau. antaranya ialah adakah kita ini sering mengamalkan islam? dan banyak persoalan yang mungkin tidak dapat saya taip disini kerana saya sendiri lambat untuk datang mendengar majlis ilmu pada malam ini. walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kisah dan penerangan oleh beliau, antaranya ialah adakah wajib seseorang mualaf menukar nama mereka ke dalam bahasa arab dan menukarkan nama ayah mereka kepada abdullah? terdapat juga bukti-bukti seperti bilal bin rabah. nama sebenar bilal sebelum memeluk agama islam pun bilal. jika kita mencari nama bilal dalam bahasa arab, kita tidak akan mendapat makna. sama seperti salman al-farisi, beliau adalah orang Parsi. nama sebelum islam pun adalah Salman. konteks di sini bermaksud mereka tidaklah perlu menukar nama tersebut selagi membawa makna yang baik. persoalan yang lain seperti adakah salah seorang mualaf bertanya kepada orang islam tentang agama kita? semestinya tidak. kita melihat contoh seperti para sahabat sering bertanya kepada Rasulullah saw tentang Islam. jika pandangan itu adalah daripada Allah, maka mereka akan taat. tetapi jika itu adalah pandang nabi, mereka akan berbincang dan bertanya lagi dan lagi. saudara Shah Kirin juga menceritakan bahawa ada seorang mualaf bertanya kepada seorang imam untuk melihat Allah. dan imam pun berkata dalam hati, " gila ke apa dia ni...". ingatlah bahawa setiap persoalan ada jawapannya. Nabi Musa menyatakan keinginannya untuk melihat Allah swt. adakah Allah tidak mejawab persoalan itu? semestinya tidak. Allah berkata bahawa bukit-bukit pun tidak mampu melihat Allah dan berkecai sama sekali, apatah lagi seorang manusia yang ingin melihat Penciptanya. beliau memberikan satu contoh, adakah kita mampu  melihat matahari secara langsung? semestinya mata kita tidak mampu untuk menahan kilauan cahaya matahari itu. sering kita melihat ramai mualaf masuk islam dengan pelbagai cara seperti perkahwinan, bisnes, harta, kewangan dan lain-lain. kita sebagai orang islam perlu merai mereka dan kita sepatutnya memberikan bimbingan tentang Islam. Insyallah, mereka akan berasa tenang dan berasa hati lebih terbuka menerima Islam. semasa dibuka ruangan untuk bertanyakan soalan, saya bertanya tentang bagaimana hendak memupuk sifat ikhlas dalam diri kita. beliau sendiri pun cuba untuk memupuk sifat ikhlas dan melawan sifat takbur dan rasa bangga diri. jika kita membuat kebaikan, sebutlah alhamdulillah kerana kebaikan, kepandaian, dan bakat-bakat yang ada dalam diri kita adalah daripada Allah. beliau memberi perumpamaan yang amat baik, WE ARE NOTHING. memang betul kata beliau, kita tiada apa-apa melainkan dengan bantuan dan hidayah daripada Allah swt. ingatlah wahai sahabatku sekalian, kita berdakwah kepada orang bukan Islam bukan untuk memasukkan mereka dalam Islam, tetapi kita memberikan fahaman dan kebaikan tentang Islam kepada mereka. soal tentang memeluk islam ini adalah urusan Allah kerana Allah sahaja yang memberikan hidayah kepada seseorang. kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri kita, jika boleh setiap hari kita amalkan. adakah kita ini Islam secara turun temurun atau Islam yang bersandarkan kepada amal dan kebaikan Al-Quran? 


ingatlah sahabatku sekalian.. dunia semakin lama semakin tua, semakin kita dekat ke penghujungnya.. Renung-renungkanlah dan semoga kita semua ditempatkan dalam syurga dengan hendak-Nya, Insyallah....


WALLAHUALAM ...

2 comments:

  1. aku suka bace post nie . pendek , tapi berisi . tapi lagi best kalau kau buat perenggan . hehe ,,

    ReplyDelete
  2. hehe..
    insyallah ak akan wt perenggan..
    bole jugak praktis wt karangan :)

    ReplyDelete