Assalamualaikum semua,
apa khabar,
jam sudah menunjukkan 1.39 pagi (waktu Malaysia)
aku menggagahkan diri untuk meng-update blog sejak sekian lama,
ok lah,
nak cerita pasal satu program anjuran Yayasan 1Malaysia bersama AZAM Sarawak,
program ni memperkenalkan kebudayaan, pembangunan dan pelbagai program daripada bumi Kenyalang,
sejujurnya, pengetahuan aku yang serba kekurangan pasal Sarawak,
terus bertambah selepas mengikuti program 3 hari 2 malam (sebab aku jadi seketriat, hewhew)
pada malam pertama, kami membuat rehearsel sempena upacara pembukaan pada hari esok
bersama barisan seketriat MPP SMK Tinggi Kajang
dan pelajar Asrama 1Malaysia
with them :D
banner sempena program yang akan diadakan kelak
SENYUM!
acah-acah melukis xD
Program ini berlangsung pada jam 9 pagi di Pheonix Ballroom, di tingkat 5 di hotel penginapan kami iaitu Pearl International Hotel, Kuala Lumpur,
Program bermula dengan menyambut ketibaan dif-dif kehormat dan iringan lagu Negaraku,
seterusnya disambung dengan ikrar Rukun Negara
ucapan ikrar oleh wakil dari SMK Tinggi Kajang
(aku le tu)
selepas tu, ucapan daripada Menteri di Jabatan PM, Perpaduan Nasional dan Intergrasi, Tan Sri Panglima Joseph Kurup untuk ucapan perasmian program Truly Malaysia
ucapan alu-aluan telah diberi oleh Dr Chandra Muzaffar merangkap Pengerusi Yayasan 1Malaysia